Saturday, August 7, 2010

Rakaman Suara Siswa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 6.8.2010 telah berlangsung satu sesi rakaman rancangan 'Suara Siswa' kerjasama RTM sempena FESKUM bertempat di Auditorium Perdanasiswa,UM.

Pada kali ini Suara Siswa membawakan tajuk
'Perpaduan dalam Kepelbagaian Mahasiswa Kini'

dengan menampilkan Dr. Fazley Yaakob sebagai moderator dan ahli panel terdiri daripada

1. Saudara Fauzan Bin Mohamed (Exco Perhubungan Luar UIA)
2. Saudari Koh Joo Fong (Bendahari Agung UPM)
3. Saudara Kamil Ali Obeid Braima (Ketua Pembantu Mahasiswa Pusat Pelajar Antarabangsa UM).

Rancangan dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada Wan Yee dengan tajuk lagu 'Bukanlah Cinta Biasa' dan diakhiri dengan persembahan penutup daripada kumpulan nasyid Feelhoney dengan lagu bertajuk 'Kisah Cinta'.

Dimaklumkan bahawa sesi rakaman ini akan disiarkan pada bulan puasa akan datang.



Sebelum rakaman bermula.


Rancangan bermula.


Penyampaian cenderamata kepada ahli panel,Saudara Kamil Ali Obeid Braima.


Kumpulan nasyid Feelhoney.
Dr. Fazley Yaakob.

Friday, August 6, 2010

Gerai sempena Bazaar Ramadhan

Perhatian kepada Penggerai-penggerai yg ingin atau tidak mendapat tempat di FESKUM '10, anda boleh berbincang untuk mendapatkan sewa gerai sempena RAMADHAN ini...

Bazaar Ramadhan akan bermula pada 16 Ogos 2010 sehingga 29 Ogos 2010.


Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Hazim: 017-7591142

Thursday, August 5, 2010

Program SUARA SISWA kerjasama RTM-FESKUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Malam ini akan diadakan Program Suara Siswa pada :

Tarikh : 6.8.2010(Jumaat)
Masa : 8.00 p.m.
Tempat : Auditorium Perdanasiswa

Marilah kita bersama-sama memeriahkan program ini..Antara yang membuat persembahan ialah kumpulan nasyid Feelhoney..

**Makanan disediakan..



.......................Covergence of Diversity...................



Program Bicara Mufti..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Program Bicara Mufti telah diadakan pada :

Tarikh : 5.8.2010(Khamis)
Masa : 8.00p.m. - 11.00p.m.
Tempat : Auditorium Perdanasiswa

Program ini merupakan program kerjasama JAKIM, RTM, dan pihak FESKUM.
Program ini disampaikan oleh Dato' Seri Dr. Haji Harussani Bin Haji Zakaria yang merupakan Mufti Perak.Sesi rakaman dijalankan sepanjang dua tajuk yang disampaikan yang bertajuk 'Perpaduan' dan 'Makanan Halal'.




Sebelum rakaman bermula..
Rakaman telah bermula dengan tajuk pertama iaitu 'Perpaduan'
Antara VIP yang hadir iaitu Ayahanda TNC HEP&A -PM Datuk Dr. Azarae Hj. Idris









Para tetamu bergerak ke Dewan Perdana 1 untuk menikmati sedikit jamuan ringkas..





Malam Warga Istimewa(MAWARIS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam Warga Istimewa 2010(MAWARIS'10) telah berlangsung pada:

Tarikh : 4.8.2010
Hari : Rabu
Masa : 9.00p.m - 11.30p.m
Tempat : Auditorium Perdanasiswa

Antara tetamu jemputan - Pers. Mahasiswa Istimewa UIA,UKM,POCAM(Pers. Orang Cacat Anggota Malaysia) dan Pers. Orang Buta Malaysia

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor HEP&A UM iaitu Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Bin Hj. Idris..




Alumni PERMIUM,saudara Zamzuri Ghani hadir bersama isterinya.
Pameran yang disediakan.
Ketibaan dif-dif kehormat.
Ucapan pengarah MAWARIS - saudari Nurul Atikah Binti Dalil
Antara penonton yang hadir.
Penonton yang hadir.
Ucapan perasmian oleh ayahanda TNC HEP&A - Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris
Logo PERMIUM

Antara cenderamata..
Perasmian oleh Ayahanda TNC HEP&A

Pengacara majlis
Tayangan video..
Forum - OKU:Realiti Kehidupan Kampus dan Alam Kerjaya
Antara ahli panel dari kiri- Pn. Hamidah Hassan,Dr. Wong Thye Siow dan Cik Nurlianida Abdullah..
Moderator merupakan calon PHD Kaunseling- Saudara Ahmad Shamsuri Bin Mohammad.
(kesemua ahli panel dan moderator merupakan Alumni PERMIUM)


Antara penanya soalan semasa sesi soal jawab..



Penanya daripada Pers. Mahasiswa Istimewa UIA
Persembahan sajak oleh saudara Zamzuri Ghani
Persembahan nyanyian oleh saudara Faiq Adnan



Dihadapan sekali merupakan Timbalan Pengarah MAWARIS - Saudara Mohd Rizal Bin Mat Noor


Tayangan video - Kehidupan Warga Istimewa di Kampus


Persembahan daripada wakil Pers. Orang Buta Malaysia
Jamuan makan di Dewan Perdana 1

Saudara Ahmad Shamsuri Bin Mohammad dan saudara Muhammad Marwan Bin Mohd Tanos
Saudara Ahmad Shamsuri Bin Mohammad dan saudara Muhammad Naqiuddin





Forum BICARA MUFTI MALAM NI. kERJASAMA DGN RTM

BICARA MUFTI akan dijalankan di
Tempat : Auditorium Kompleks Perdanasiswa
Masa : 8.00 mlm hari ini
Tarikh : 5 OGOS/KHAMIS

... jom ramai2 memeriahkan majlis.
##KERJASAMA DENGAN PIHAK RTM.

**MAKANAN DISEDIAKAN

.... Convergence of Diversity ......

Tuesday, August 3, 2010

Tayangan Amal Animas 4 Gaza


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada hari ini bersamaan 2.8.10 telah berlangsung satu tayangan amal 'Animas 4 Gaza' bertempat di Auditorium Perdanasiswa.Majlis yang dipengerusikan oleh Mohd Helmi bin Mangsor ini telah bermula pada pukul 9.00p.m.

Tayangan ini diadakan oleh Persatuan Animasi Malaysia(Animation Society of Malaysia) dengan kerjasama pihak FESKUM'10.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan daripada En. Kamm Ismail selaku Presiden Persatuan Animasi Malaysia.

Seterusnya tayangan bermula.Berikut merupakan senarai animasi yang telah ditayangkan:

1. Ke Zoo
2. Cici The Naughty Goose
3. Prince Gudean
4. Akil Story
5. Pejuang(Mat Kilau)
6. Osman(Zakat)
7. Medic Boy(Taknak Rokok)
8. Keluarga Gamat
9. Kancil(3D Version)
10. Parameswara

Penghargaan buat ahli Animas yang terlibat dan pihak lain yang menjayakan tayangan ini seperti:

* MPM UM
* Sekretariat FESKUM 2010
* Quest Animations(M) Sdn. Bhd.
* Aniotek Sdn. Bhd.
* Animagis Sdn. Bhd.
* Homework Studio
* ZNG Production Sdn. Bhd.
* Creatmotion Sdn. Bhd.
* Oscar Hallmark Sdn. Bhd.
* Khalifa Production Sdn. Bhd.
* Kartunis Ujang
*Alif Firdaus Azis
* Jackal Cartoon




Antara penonton yang hadir.



Yang memegang brochure biru tu merupakan Presiden Animas,En. Kamm Ismail



Penonton yang hadir memeriahkan majlis.



MC ditemuramah oleh wartawan Bernama.

Wartawan Bernama yang hadir.
Urusetia majlis.
Kaunter tiket.
Auditorium Perdanasiswa
Kaunter tiket

Animas