Saturday, August 7, 2010

Rakaman Suara Siswa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 6.8.2010 telah berlangsung satu sesi rakaman rancangan 'Suara Siswa' kerjasama RTM sempena FESKUM bertempat di Auditorium Perdanasiswa,UM.

Pada kali ini Suara Siswa membawakan tajuk
'Perpaduan dalam Kepelbagaian Mahasiswa Kini'

dengan menampilkan Dr. Fazley Yaakob sebagai moderator dan ahli panel terdiri daripada

1. Saudara Fauzan Bin Mohamed (Exco Perhubungan Luar UIA)
2. Saudari Koh Joo Fong (Bendahari Agung UPM)
3. Saudara Kamil Ali Obeid Braima (Ketua Pembantu Mahasiswa Pusat Pelajar Antarabangsa UM).

Rancangan dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada Wan Yee dengan tajuk lagu 'Bukanlah Cinta Biasa' dan diakhiri dengan persembahan penutup daripada kumpulan nasyid Feelhoney dengan lagu bertajuk 'Kisah Cinta'.

Dimaklumkan bahawa sesi rakaman ini akan disiarkan pada bulan puasa akan datang.



Sebelum rakaman bermula.


Rancangan bermula.


Penyampaian cenderamata kepada ahli panel,Saudara Kamil Ali Obeid Braima.


Kumpulan nasyid Feelhoney.
Dr. Fazley Yaakob.

No comments:

Post a Comment